Ceritanya bermula pada setahun yang lepas (2012) dimana saya mengalami gangguan sakit perut yang ektremis...masih ingat di minda saya, petang pada hari sejarah itu, saya dimarahi teruk oleh bos saya sehingga perasaan tidak puas hati menaikkan hormon marah saya...sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah, segala tohmahan disembur2 di dalam kereta...
pada sebelah malamnya, ketika saya cuba melelapkan mata, perut saya mula memainkan peranan sehingga sukar saya untuk tidur lena...gangguan itu berlanjutan sehingga 5 jam...saya sudah cuba menjerit sekuat hati tetapi seakan2 suara itu tidak mampu memecahkan suasana malam...pada waktu tu, saya fikir yang saya akan menderita kerana mana mungkin klinik berdekatan akan buka pada pukul 12 tgh malam ini...
Tetapi, alhamdulilah, selepas 2 jam saya bertarung, nenek saya di bilik sebelah mendengar rintihan saya...selepas nenek saya lihat keadaan saya yang hampir nazak itu, beliau turun ke dapur mengambil air kosong...setibanya beliau di bilik saya semula, beliau memegang perut saya sambil membaca ayat kursi serta ayat2 dari surah yang lain...waktu itu, saya amat terharu dengan kasih sayang seorang nenek kepada cucunya...
selepas beliau meredakan saya dengan doa2 khas itu, perut saya mula sihat sedikit demi sedikit..walaubagaimanapun saya mengerti bahawa tempoh sihat ini hanyalah sementara...mungkin pada malam seterusnya, perut ini makin mengganas...saya sudah mengalami gangguan ini sejak saya berumur 11 tahun...manakala tempoh gangguan ektremis ini ketika saya berumur 22 tahun...ini bermakna selama 11 tahun juga saya menderita kerana penyakit perut...
akibat sakit yang saya tidak tahu puncanya ini, saya sering datang lewat ke sekolah hingga ramai guru-guru serta pensyarah muak dengan perangan saya sehingga melabelkan saya suka memberi alasan...waktu itu mmg saya kecewa kerana saya bertarung dengan nyawa tp dengan mudah mereka kata saya mereka-reka alasan...
bila saya ke klinik, mereka berkata perut saya hanya masuk angin, tetapi mana mungkin selama 11 tahun masuk angin sahaja...waktu ini saya hanya teringat akan pesan Rasullulah s.a.w dimana ade yang mengatakan bahawa syahid kecil itu salah satunya penyakit di dalam perut...
selama ini, penyakit perut ini sengaja disembunyikan dari saya...tetapi selepas kantoi dengan nenek saya, nenek saya telah memberitahu pada ibu saya tentang masalah saya...
dan kebetulan pada waktu itu juga, seorang sepupu saya kunjung ke rumah saya dan cuba mempromosikan Herbalife....waktu itu saya memang zero knowledge mengenai Herbalife...dia menceritakan banyak info mengenai Herbalife dan satu soalan yang terbit dari bibir saya, "Adakah Herbalife ini mampu memberi kesihatan yang optimum kerana saya da menderita selama 11 tahun"...kata sepupu saya, Herbalife bukan setakat digunakan untuk menurunkan berat badan tetapi ia juga dapat meningkatkan kesihatan....
dari situ saya mula menggunakan Herbalife tetapi tidak lama, hanya 2 minggu kerana masalah kewangan...waktu itu saya masih tidak bekerja lagi...kesannya perut saya mula meragam semula...hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja, saya dapat merasai kelainan pada perut saya...iaitu semakin sihat..hanya disebabkan masalah kewangan kerana tidak bekerja, saya tidak mnggunakan Herbalife selama setahun...
Setahun kemudian, berat badan saya pula mula naik kerana saya sudah mula bekerja..hasil gaji banyak saya labur pada makanan...shingga badan saya obes dan produktiviti slow...pada waktu ini, rakan saya yang turut obes mengajak saya ke satu pertandingan menurunkan berat badan dimana hadiah utamanya ialah RM500...saya begitu teruja dengan bonusnya itu lalu mendaftarkan diri..waktu itu saya masih tidak tahu adakah program ini anjuran Herbalife...setibanya saya di kelab Herbalife yang berpusat di Cherating, Kuala Terengganu, saya melihat banyak orang luar biasa yang menggunakan Herbalife...
pada waktu itu, saya hanya nampak duit, bukanlah turun berat badan...pada waktu itu juga, saya diperkenalkan dengan alat penimbang Herbalife dimana boleh mencatat peratus lemak kita...sudah tentu ianya berlainan dengan alat penimbang yang lain dimana hanya menunjukkan berat badan sahaja...
di waktu itu juga, saya dapat merasakan diri dijaga dengan teliti oleh orang lain kerana Herbalife ini menawarkan FREE COACHING...mungkin pada setahun yang lepas, saya tidak sempat mendapat ini dan agak malu kerana Coach saya waktu itu adalah wanita...sebagai seorang lelaki, ego saya akan tercalar jika dia mendapat tahu...lantas saya mendaftarkan diri dibawah Coach lelaki di Terengganu ini..oleh itu, dengan mudah saya berkongsi masalah saya dengan beliau...
Alhamdulillah, selepas saya mengikuti panduan-panduan dan nasihat dari Coach saya, saya mampu menurunkan berat badan saya dari 75kg (Mac 2013) hingga 68kg (Sept 2013)...dan saya akan terus meneruskan misi ini untuk mendapat badan yang fit paling kurang seperti body Aaron Aziz..
Lihatlah bagaimana Herbalife mampu mengubah kehidupan saya...kalau dulu, 11 tahun yang lalu saya menderita kerana saya sakit perut, kini masalah itu sudah tiada....dahulu saya hanya sakit perut tetapi tidak mengeluarkan apa2 bahan toksin, sekarang, sakit perut dan mengeluarkan bahan2 toksin...
hasil rawatan di Hospital, rupa-rupanya saha menghidapi satu penyakit yang dinamakan IBS iaitu Irritable Bowel Syndrome...dan hasil kajian, IBS ini banyak menyukarkan pergerakan manusia normal...
Setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan bukanlah kebetulan tetapi suratan takdir yang telah ditetapkan dalam kitab Luh MahfuzNya...redha atas ketentuan ini, pasti Allah menunjukkan jalan kepada hamba-Nya yang berusaha...Insyaallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment