About Me

Saturday, 5 October 2013

EVENTS HERBALIFEEE.....!!!!!!!!!!!!!

Assamualaikum buat para pembaca semua,

Hari ini, saya ingin membicarakan tentang isu EVENTS HERBALIFE dgn ISLAM. Sistem Herbalife dengan Islam sangat berkait rapat. Meskipun begitu ada sedikit sahaja kontranya dan selebihnya hampir 90% sama.
Mungkin ada diantara kita dahulunya zero mengenai Herbalife, tetapi semakin dia join pelbagai events yang diadakan oleh Herbalife, kini, dia menjadi seorang yang berilmu mengenai Herbalife. Antara asbab seseorang itu boleh mendapat keuntungan berlipat ganda adalah dengan mengajak orang ke events Herbalife. Bagi mereka yang tiada motivasi untuk melakukan bisnes Herbalife sebelum ke events itu biasa. Tetapi kebiasaannya selepas kita menghadiri events Herbalife, kita akan mendapat satu aura positif untuk menjana pendapatan lebih.

Jadi saya terfikir, begitu juga dengan sistem Islam dimana, untuk mendapatkan volum poin yang lebih serta pendapatan yang lumayan, kita perlu membawa orang bersama kita ke events atau dikenali sebagai majlis ilmu. Events di dalam Islam ni ada pelbagai serupa dengan events Herbalife.

Contoh events Herbalife seperti HOM, MEGA HOM, STS, ZERO2HERO, SPECTACULAR, APAC VACATION, EXTRAVAGANZA dan banyak lagi. Manakala events Islam adalah seperti KULIAH SUBUH, KULIAH MAGHRIB, KULIAH DHUHA, KHATIB JUMAAT, 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON, KULIAH UAI dan banyak lagi.

Di dalam Islam, semakin ramai yang kita bawa, semakin tinggi saham akhirat pada diri kita. Apabila saham kita meningkat, sudah pasti kita layak jadi SUPERVISOR dan seterusnya ke PRESIDENT TEAM. Dan apa yang uniknya sistem Islam berbanding sistem Herbalife ini ialah, sistem Islam tidak kira had downlinenya. Jika downlinenya yang ke-100 membuat keuntungan berlipat ganda, maka upline itu juga akan tempias keuntungannya.

Dari Abu Hurairah r.a pula bahawasanya Rasullulah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk – yakni kebenaran, maka beginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu.” (Riwayat Muslim)


Akhir kalam, biarlah kita semua ini seimbang dunia akhirat. Iaitu berjaya dalam membentuk fizikal yang ideal serta membentuk rohani yang ideal juga. Disitulah kejayaan sebenar bagi seorang Muslim. Senang kan.?? Anda pun sudah ada basic sistem Herbalife, jadi inilah masanya untuk anda aplikasi di dalam sistem Islam. Semoga kita semua bertamu di syurga Firdausnya nanti. Insyaallah.