About Me

Monday, 30 September 2013

Segala-galanya bermula dari Herbalife dalam mencari Keredhaan Allah....

Alhamdulilah dipertemukan dgn herbalifeeeee.....Dengan herbalife, saya dapat motivasi untuk melakukan ibadah-ibadah kepada Allah...Bagaimana caranya??  Lihat cerita di bawah ini...

Herbalife mengajar satu pengajaran yang sangat-sangat berguna bagi kita...kerana Herbalife ini maju disebabkan produknya....kalau kita berdisiplin, kita akan jadi produknya...tetapi kalau kita malas, kita langsung tidak menjadi produknya...

Yea, memang benar, semua orang boleh bercakap...tetapi berbeza dengan orang yang mampu bercakap apabila sudah mencuba....kita tgk bagaimana Allah nak didik kita ae...

kita mungkin petah berkata-kata produk ni bagus, ambil mcm ni, buat mcm ni (waktu ni dia x consume pun..men ckp je)...antara implikasinya, apabila dia ada ilmu, tetapi tidak beramal dgn ilmu tersebut, semuanya useless bilamana customernya lihat dia berat xturun2 juga...customer mula lost kepercayaan dan lari cari vendor lain...dan kesan lagi buruk, customer itu akan cerita buruk2 tentang herbalife...inikah yg kita mahu..???

sudah pasti tidak...jadi, beramal lah dgn ilmu yg ada...kalau kita spin pada ibadah yg Allah sarankan, konsepnya sama juga...kita tahu aurat tu wajib tutup, tahu solat awal waktu tu bagus, tahu solat berjemaah afdal, tahu menipu tu xbagus, kita tahu hutang Allah kene bayar seperti solat yang sengaja ditingglkan, puasa tinggal dsb....tapi, kalau kita hanya sekadar tahu dan tidak mengaplikasikan dalam kehidupan, bukankah itu satu kerugian yang sgt besar...

sehingga Allah pesan kt kita dalam ayat 2-3 surah Ash-Shaff yang berbunyi, "Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian menyatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan"..

umpama consume herbalife....kita tahu herbalife mampu turun berat badan, kita tahu teamix ni boleh lajukan turun berat, kita tahu herbalife ni mampu menjana duit yang besar, kita tahu herbalife ni mampu beri byk org sihat, tetapi kalau hari ini kita xstart aplikasi pada diri kita dahulu, semuanya useless sahaja....sebab, tubuh kita bukannya boleh kurus otomatik...ia perlukan bantuan dari anda...dari tangan anda, dari pilihan anda....

herbalife tu mmg simple, fun and magical....tapi simple simple pun, kalau x bertindak, its nothing....

boleh ke, kita ckp kat usus, "usus usus, kau akan bersih kalau dicuci dgn aloe vera"....cubalah praktis ckp pd usus mcm tu selama 10 tahun, agak2 usus tu boleh bersih dgn sendiri ke...sudah tentu tidak...ia perlukan tindakan dari kita...

mcm hati kita....xkn kita nk ckp, "hati hati, kau akan bersih kalau kau xbuat maksiat"...hati xkan bersih dengan sendiri tanpa tindakan kita...kalau kita masih dgn maksiat yg dilakukan....

you must take an action to do...ilmu sudah banyak, sekarang masa untuk beraksi di pentas dunia...

Sunday, 29 September 2013

Kontroversi di dalam Herbalife...

Berita ini penting bagi mereka yang dijangkiti virus Herbalife....dan juga pada semua orang yang was-was ingin menggunakan produk ini...ramai orang kata di dalam Herbalife ini mempunyai soya....saya sudah semestinya bukanlah pakar nutrisi....tetapi saya ingin menceritakan melalui fakta....kepakaran saya adalah dalam perbandingan...jadi, saya akan bawakan tuan2 dan puan2 serta kawan2 semua satu jawapan mantap kepada kita semua mengenai produk ini...semua isu ni bermula dari satu hal iaitu HARGA....itulah jawapan kepada semua persoalan2 ini..

ramai orang sudah menggunakan produk Herbalife ini....dan rata-rata lebih kurang 90% mengatakan herbalife ini memberi kesan positif....hanya 10% sahaja yang mengatakan kesan negatif.....dari 10% ini, mereka berusaha bersungguh2 untuk memberitahu orang ramai bahawa Herbalife tidak sihat...mereka yang 10% ini mungkin melakukan kajian pada produk Herbalife ini kerana mahal...sebab sudah jadi fitrah manusia, belanja yang besar terhadap sesuatu produk akan dikaji 100% sebelum dibeli....

tetapi bagaimana pula dgn produk yang murah tetapi langsung tidak berkualiti malah hampir 90% menunjukkan kesan negatifnya berbanding kesan positif itu...mereka yang anti-herbalife (10%) ini kemungkinan mempunyai masalah kewangan yang kuat sehingga tidak percaya kepada testimoni-testimoni yang berjaya dihasilkan dari produk herbalife...
produk yang saya maksudkan ialah rokok....rokok juga sudah difatwakan haram oleh banyak ulama' tetapi mengapa mereka masih ambil produk ini...jawapannya, sebab MURAH....

padahal di dalam islam, ADIL itu adalah ciri orang beriman....produk herbalife dalam RM173 digunakan dalam masa 15 hari jika berdisiplin, manakala perokok tegar mungkin sehari menghabiskan dua kotak rokok yang mungkin perbelanjaannya ialah RM20...jadi jika didarab dengan 15 hari, si perokok tegar ini akan menghabiskan rm300 dalam masa 15 hari....

tetapi begitulah persepsi orang jika mendengar harga produk herbalife ini yang mahal...tetapi mereka tidak cuba untuk berlaku adil dengan multiply 15 hari....

saya letakkan persoalan ini untuk kalian berfikir....rokok yang konfom membahayakan kesihatan, still ramai lagi guna, tetapi herbalife yang menjanjikan testimoni positif, was-was ingin digunakan....anda pengguna, anda berhak menentukan....
 

Bagaimana saya bermula dengan Herbalife

Ceritanya bermula pada setahun yang lepas (2012) dimana saya mengalami gangguan sakit perut yang ektremis...masih ingat di minda saya, petang pada hari sejarah itu, saya dimarahi teruk oleh bos saya sehingga perasaan tidak puas hati menaikkan hormon marah saya...sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah, segala tohmahan disembur2 di dalam kereta...

pada sebelah malamnya, ketika saya cuba melelapkan mata, perut saya mula memainkan peranan sehingga sukar saya untuk tidur lena...gangguan itu berlanjutan sehingga 5 jam...saya sudah cuba menjerit sekuat hati tetapi seakan2 suara itu tidak mampu memecahkan suasana malam...pada waktu tu, saya fikir yang saya akan menderita kerana mana mungkin klinik berdekatan akan buka pada pukul 12 tgh malam ini...

Tetapi, alhamdulilah, selepas 2 jam saya bertarung, nenek saya di bilik sebelah mendengar rintihan saya...selepas nenek saya lihat keadaan saya yang hampir nazak itu, beliau turun ke dapur mengambil air kosong...setibanya beliau di bilik saya semula, beliau memegang perut saya sambil membaca ayat kursi serta ayat2 dari surah yang lain...waktu itu, saya amat terharu dengan kasih sayang seorang nenek kepada cucunya...

selepas beliau meredakan saya dengan doa2 khas itu, perut saya mula sihat sedikit demi sedikit..walaubagaimanapun saya mengerti bahawa tempoh sihat ini hanyalah sementara...mungkin pada malam seterusnya, perut ini makin mengganas...saya sudah mengalami gangguan ini sejak saya berumur 11 tahun...manakala tempoh gangguan ektremis ini ketika saya berumur 22 tahun...ini bermakna selama 11 tahun juga saya menderita kerana penyakit perut...

akibat sakit yang saya tidak tahu puncanya ini, saya sering datang lewat ke sekolah hingga ramai guru-guru serta pensyarah muak dengan perangan saya sehingga melabelkan saya suka memberi alasan...waktu itu mmg saya kecewa kerana saya bertarung dengan nyawa tp dengan mudah mereka kata saya mereka-reka alasan...

bila saya ke klinik, mereka berkata perut saya hanya masuk angin, tetapi mana mungkin selama 11 tahun masuk angin sahaja...waktu ini saya hanya teringat akan pesan Rasullulah s.a.w dimana ade yang mengatakan bahawa syahid kecil itu salah satunya penyakit di dalam perut...

selama ini, penyakit perut ini sengaja disembunyikan dari saya...tetapi selepas kantoi dengan nenek saya, nenek saya telah memberitahu pada ibu saya tentang masalah saya...

dan kebetulan pada waktu itu juga, seorang sepupu saya kunjung ke rumah saya dan cuba mempromosikan Herbalife....waktu itu saya memang zero knowledge mengenai Herbalife...dia menceritakan banyak info mengenai Herbalife dan satu soalan yang terbit dari bibir saya, "Adakah Herbalife ini mampu memberi kesihatan yang optimum kerana saya da menderita selama 11 tahun"...kata sepupu saya, Herbalife bukan setakat digunakan untuk menurunkan berat badan tetapi ia juga dapat meningkatkan kesihatan....

dari situ saya mula menggunakan Herbalife tetapi tidak lama, hanya 2 minggu kerana masalah kewangan...waktu itu saya masih tidak bekerja lagi...kesannya perut saya mula meragam semula...hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja, saya dapat merasai kelainan pada perut saya...iaitu semakin sihat..hanya disebabkan masalah kewangan kerana tidak bekerja, saya tidak mnggunakan Herbalife selama setahun...

Setahun kemudian, berat badan saya pula mula naik kerana saya sudah mula bekerja..hasil gaji banyak saya labur pada makanan...shingga badan saya obes dan produktiviti slow...pada waktu ini, rakan saya yang turut obes mengajak saya ke satu pertandingan menurunkan berat badan dimana hadiah utamanya ialah RM500...saya begitu teruja dengan bonusnya itu lalu mendaftarkan diri..waktu itu saya masih tidak tahu adakah program ini anjuran Herbalife...setibanya saya di kelab Herbalife yang berpusat di Cherating, Kuala Terengganu, saya melihat banyak orang luar biasa yang menggunakan Herbalife...

pada waktu itu, saya hanya nampak duit, bukanlah turun berat badan...pada waktu itu juga, saya diperkenalkan dengan alat penimbang Herbalife dimana boleh mencatat peratus lemak kita...sudah tentu ianya berlainan dengan alat penimbang yang lain dimana hanya menunjukkan berat badan sahaja...

di waktu itu juga, saya dapat merasakan diri dijaga dengan teliti oleh orang lain kerana Herbalife ini menawarkan FREE COACHING...mungkin pada setahun yang lepas, saya tidak sempat mendapat ini dan agak malu kerana Coach saya waktu itu adalah wanita...sebagai seorang lelaki, ego saya akan tercalar jika dia mendapat tahu...lantas saya mendaftarkan diri dibawah Coach lelaki di Terengganu ini..oleh itu, dengan mudah saya berkongsi masalah saya dengan beliau...

Alhamdulillah, selepas saya mengikuti panduan-panduan dan nasihat dari Coach saya, saya mampu menurunkan berat badan saya dari 75kg (Mac 2013) hingga 68kg (Sept 2013)...dan saya akan terus meneruskan misi ini untuk mendapat badan yang fit paling kurang seperti body Aaron Aziz..

Lihatlah bagaimana Herbalife mampu mengubah kehidupan saya...kalau dulu, 11 tahun yang lalu saya menderita kerana saya sakit perut, kini masalah itu sudah tiada....dahulu saya hanya sakit perut tetapi tidak mengeluarkan apa2 bahan toksin, sekarang, sakit perut dan mengeluarkan bahan2 toksin...

hasil rawatan di Hospital, rupa-rupanya saha menghidapi satu penyakit yang dinamakan IBS iaitu Irritable Bowel Syndrome...dan hasil kajian, IBS ini banyak menyukarkan pergerakan manusia normal...

Setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan bukanlah kebetulan tetapi suratan takdir yang telah ditetapkan dalam kitab Luh MahfuzNya...redha atas ketentuan ini, pasti Allah menunjukkan jalan kepada hamba-Nya yang berusaha...Insyaallah