Assamualaikum
buat para pembaca semua,
Hari ini,
saya ingin membicarakan tentang isu EVENTS HERBALIFE dgn ISLAM. Sistem
Herbalife dengan Islam sangat berkait rapat. Meskipun begitu ada sedikit sahaja
kontranya dan selebihnya hampir 90% sama.
Mungkin ada
diantara kita dahulunya zero mengenai Herbalife, tetapi semakin dia join
pelbagai events yang diadakan oleh Herbalife, kini, dia menjadi seorang yang
berilmu mengenai Herbalife. Antara asbab seseorang itu boleh mendapat
keuntungan berlipat ganda adalah dengan mengajak orang ke events Herbalife.
Bagi mereka yang tiada motivasi untuk melakukan bisnes Herbalife sebelum ke
events itu biasa. Tetapi kebiasaannya selepas kita menghadiri events Herbalife,
kita akan mendapat satu aura positif untuk menjana pendapatan lebih.
Jadi saya
terfikir, begitu juga dengan sistem Islam dimana, untuk mendapatkan volum poin
yang lebih serta pendapatan yang lumayan, kita perlu membawa orang bersama kita
ke events atau dikenali sebagai majlis ilmu. Events di dalam Islam ni ada pelbagai
serupa dengan events Herbalife.
Contoh
events Herbalife seperti HOM, MEGA HOM, STS, ZERO2HERO, SPECTACULAR, APAC
VACATION, EXTRAVAGANZA dan banyak lagi. Manakala events Islam adalah seperti
KULIAH SUBUH, KULIAH MAGHRIB, KULIAH DHUHA, KHATIB JUMAAT, 30 MINIT BERSAMA
USTAZ DON, KULIAH UAI dan banyak lagi.
Di dalam
Islam, semakin ramai yang kita bawa, semakin tinggi saham akhirat pada diri
kita. Apabila saham kita meningkat, sudah pasti kita layak jadi SUPERVISOR dan
seterusnya ke PRESIDENT TEAM. Dan apa yang uniknya sistem Islam berbanding
sistem Herbalife ini ialah, sistem Islam tidak kira had downlinenya. Jika
downlinenya yang ke-100 membuat keuntungan berlipat ganda, maka upline itu juga
akan tempias keuntungannya.
Dari Abu
Hurairah r.a pula bahawasanya Rasullulah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang mengajak kepada petunjuk – yakni kebenaran, maka beginya adalah pahala
seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari
pahala mereka itu.” (Riwayat Muslim)
Akhir
kalam, biarlah kita semua ini seimbang dunia akhirat. Iaitu berjaya dalam
membentuk fizikal yang ideal serta membentuk rohani yang ideal juga. Disitulah
kejayaan sebenar bagi seorang Muslim. Senang kan.?? Anda pun sudah ada basic
sistem Herbalife, jadi inilah masanya untuk anda aplikasi di dalam sistem
Islam. Semoga kita semua bertamu di syurga Firdausnya nanti. Insyaallah.